semiang kalam
Dari NotaFikir.com, penulis meneruskan perjuangan penulisan ke NotaQalbu.com yang hanya mengkongsikan nota-nota ringkas bagi menenangkan hati dan memberi pesanan ketika mengharungi cabaran hidup. Kesempitan masa yang dicanang oleh urusan hidup dunia dan persediaan menghadapi akhirat menyebabkan nota-nota ringkas diharap dapat membantu. Lahirlah usaha yang tidak seberapa ini bagi menjadi pesanan pantas bagi diri penulis sendiri dan kalian sahabatnya.
Penulis, Zulakmar Hazwan, seorang perunding kejuruteraan namun lebih cenderung menjadi penulis dan guru kepada subjek kegemarannya.
Penulis -
- seorang anak kelahiran Kedah yang mendapat pendidikan awal di sekolah di pendalaman dan mendapat pendidikan menengah di sekolah premier negara di bandar
- seorang yang perlahan dalam mempelajari ilmu baharu ketika usia kanak-kanaknya
- seorang yang malas menghadiri kuliah ketika di universiti
- namun seorang yang makin cintakan ilmu dan berkongsi ilmu serta maklumat jika difikirkan perlu
- juga seorang pendidik bagi mata pelajaran sains dan sains tulen
- pernah berusaha memajukan teknologi maklumat di kalangan remaja dan kanak-kanak luar bandar dan aktif dalam aktiviti kemajuan ilmu di dalam negeri
- sangat gemar menggabungkan rasional sains dan kejuruteraan, sosial, agama, ekonomi dan kemasyarakatan dalam berfikir
- punca ilmunya adalah kelas, kuliah, majalah, buku, internet, guru, perbincangan dan pemikiran panjang
- amat mengharapkan ilmu, pengalaman dan pendapatnya dapat dikongsi dan dimanfaat dengan sebaiknya
