Gozippp
Kurangkan bercakap hal orang lain, banyakan muhasabah diri sendiri, bersihkan hati agar ketenangan hadir dalam jiwa, hidup tidak lagi kusut dan semak meskipun sebesar gunung beban terletak di atas diri.
Penat tapi nanti berehat
Ibadah kepada Allah itu memang memenatkan..oleh kerana itu tempat berehat bagi ahli ibadah itu adalah di syurga dengan rahmat Allah SWT
Happy!
Kadang kala kita cuba jadi happy tapi macam-macam jadi, rupanya kita lupa diri, hanya berusaha sendiri, terlalai untuk berpaut usaha pada Illahi, usaha yang berpaut pada Illahi, meskipun tak menjadi, hati tetap happy!
Medan Nyawa Terakhir
Nyawa hanya diberi 1, di medan manakah mahu kita pertaruhkannya?
Datang & Pulang
Kita datang ke dunia ini seorang diri dan akan pulang ke barzakh seorang diri
Hala Tuju Kita
kadang kita tak perasan… bila kita terniat nak menghala ke tempat yang tidak baik.. Allah mendidik kita dengan mengelak kita dari sampai tempat itu… kerja kat rumah tetiba belambak.. wife suh gi pasar cari ikan… tayar keta pancit.. suar tetiba koyak… hujan lebat… jiran nak terberanak.. macam2 lah… dan.. akhirnya kita tak gi pun tempat tu.. lalu akhlak serta iman kita terjaga… itulah Tuhan kita yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.. Alhamdulillah Allahhuakbar
ada pun begitu…ada kalanya sangat mudah untuk kita tiba ditempat yang tidak baik…. sedarlah kita ketika itu..kita jauh dari kasih sayang Allah…… apakah kita mampu mengecapi keredhaanNya dan memiliki ruang di syurgaNya nanti yang mengharap rahmat dari Nya jua?
begitu juga langkah-langkah menuju ke arah tujuan yang baik… dugaan datang… godaan lebih lebih lagi datang bertubi-tubi…. dengan tv program best lah… teringat nak singgah sana sini… rasa malas lah…..tetapi hati yang sedar akan godaan akan cuba menjadi kental…dugaan pula dihadapi dengan sabar… bila masanya sampai di destinasi dan dapat beramal soleh… dialah pilihan Allah.. beruntunglah dia… tetapi yang tidak terpilih pula, masalah utama bukan tidak terpilih tetapi tidak berusaha menuju ke arah itu….
