Terdengar Pesanan
ketahuilah sahabat-sahabatku… ketika mana kamu terdengar pesanan yang mengajak ke arah kebaikan, ketika itu kamu dipilih oleh Allah SWT untuk mendapat kebaikan dengan pesanan itu sedangkan orang lain tidak dipilih mendengarnya, you’re the chosen one, gunakanlah peluang itu sebaiknya kerana Allah SWT begitu kasih akan mu….. tidakkah kamu merasa rugi dengan melepaskan peluang memperoleh kebahagiaan? alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah subhanallah Allahu-akbar
Kapal tanpa Kemudi
Golongan yang tak suka orang berilmu adalah golongan yang tak suka ilmu. Orang yang berilmu, makin berilmu makin merasa kurang ilmu, tetapi orang yang tak mencari ilmu, makin jauh dari ilmu makin rasa dirinya pandai. Hakikatnya, dia hanyut seperti kapal tanpa kemudi.
Ilmu Itu Penyelamat
‘Barangsiapa yang mencari tempat pelarian dari kejaran seekor binatang buas yang akan memangsanya maka ia tidak perlu membeza-bezakan pada siapa yang menunjukkan ke mana ia harus berlari, baik penunjuknya itu orang yang masyhur kepandaiannya ataupun orang yang tolol”- Said Hawwa, bererti apabila datangnya ilmu yang benar yang boleh mengeluarkan kita dari kejahilan, tidak mengira datangnya dari siapakah dia, ambillah ilmu itu kerana ilmu itu penyebab dari keselamatan dan kebahagiaan dirinya.
Aku Bodoh
Jangan salahkan orang lain kalau kita tidak ke sekolah agama dulunya, atau tidak dibimbing serta diajar ilmu agama dulunya, atau tak pernah diajak ke majlis agama, tetapi persoalannya kenapa kita tidak mencari ilmu agama hari ini….?
You’re the Chosen One
Ketahuilah sahabat-sahabatku… ketika mana kamu terdengar pesanan yang mengajak ke arah kebaikan, ketika itu kamu dipilih oleh Allah SWT untuk mendapat kebaikan dengan pesanan itu sedangkan orang lain tidak dipilih mendengarnya, you’re the chosen one, gunakanlah peluang itu sebaiknya kerana Allah SWT begitu kasih akan mu….. tidakkah kamu merasa rugi dengan melepaskan peluang memperoleh kebahagiaan? alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah subhanallah Allahu-akbar
have a nice day ahead
Pokok yang Berbuah
Hidup Untuk Memberi bagaikan pokok yang berbuah tetapi buah itu bukan untuk santapannya sendiri tetapi bermanfaat pada dirinya juga. Meskipun pokok selalu memberi tetapi dia tidak pernah rugi, lalu membesar lagi serta berdaun rendang.
